Thursday, January 14, 2010

Perhatian: Semua Kandungan Tulisan Di Dalam Blog Ini Adalah Pendapat Peribadi Penulis, Pembaca Dinasihatkan Mengunakan Pertimbangan Sendiri Terhadap Sebarang Bentuk Tulisan Di Dalam Blog Ini. Penulis Tidak Akan Bertanggung Jawab Ke Atas Apa-Apa Masalah Atau Kerosakan Akibat Penggunaan Maklumat Di Dalam Blog Ini.

Cautions: The owner of this Blog shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site. Readers are advised to use their discretion to arrive at their own judgement with regards to the content of this Blog.

Tuesday, November 10, 2009

Peranan Belia Dalam Lanskap Politik Negara

Bagaimanakah belia kita melihat politik? Bagaimanakah mereka mendekati dan melibatkan diri dalam dunia politik? Di kalangan mereka, kumpulan manakah yang terlibat dalam politik secara aktif? Dan apakah iklim pembelajaran dan struktur peluang yang dapat memupuk semangat perjuangan parti didalam jiwa belia masa kini?
Bangsa Melayu Islam khususnya di Malaysia telah menunjukkan potensi yang besar bukan sahaja untuk mengekalkan jati dirinya pada era globalisasi, namun untuk memimpin dunia Islam selepas umat Islam di negara-negara Timur Tengah, Asia Tengah dan Indo-Pakistan seolah-olah ‘lumpuh’ dicengkam penjajahan gaya baru Barat dan sekutunya. Kemampuan Malaysia membina imej baru (‘rebranding’) Islam yang lebih dinamik, pro-aktif, harmoni dan berani telah membuka mata dunia.

Dalam konteks yang sama sejarah UMNO sendiri menunjukkan bahawa parti tersebut boleh tergugat bukan kerana ‘kekuatan’ lawannya, tetapi kerana ‘kelemahan’ sendiri. Untuk itu, UMNO perlu bermuhasabah secara jujur – mengakui kelemahan-kelemahan yang ada dan memulakan langkah terancang untuk menjadi ‘role model’ parti Melayu Islam yang dinamik, progresif dan produktif. Cabaran UMNO masakini ialah bagaimana mengukuhkan parti seterusnya memenangi kembali keyakinan majoriti orang Melayu terhadapnya.

1. SENARIO SEMASA BANGSA MELAYU

Orang Melayu telah melalui pelbagai tahap perubahan sosial dalam kehidupan semenjak negara merdeka. Orang Melayu telah dididik dan diprogramkan oleh kerajaan untuk berpindah dari alam hidup perdesaan ke perbandaran, dari pertanian sara-diri ke pertanian komersial, dari kerjaya yang berteraskan penggunaan tenaga kepada kerjaya berteraskan teknologi tinggi.

1.1 Masalah orang Melayu.

§ Tahap pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan kehidupan sosio-ekonomi yang secara relatif masih rendah dibandingkan dengan kaum lain khususnya bangsa Cina.

§ Ketinggalan dalam pengajian aliran komersil, sains dan teknologi.

§ Ketinggalan dalam sektor berdaya maju seperti perusahaan, perdagangan dan perindustrian.

§ Penglibatan Melayu dalam sektor berdaya maju terbatas kepada tenaga buruh dan jika di peringkat pengurusan kebanyakannya hanya dalam bidang pengurusan manusia.

§ Dunia perniagaan Melayu majoritinya bermodal kecil, perniagaan jenis perkhidmatan seperti penjualan buku, kedai runcit dan makanan.

§ Bagi yang terlibat di peringkat korporat, pergantungan kepada program dan bantuan kerajaan begitu kuat hingga boleh membunuh inisiatif dan kreativiti sendiri.

Persoalannya, mengapa orang-orang Melayu yang telah mendapat pelbagai bantuan, galakan, perlindungan dan bimbingan dari pihak kerajaan masih lagi ketinggalan?

2. POTENSI MELAYU-ISLAM

Bangsa Melayu-Islam sebenarnya bukan sahaja mampu mempertahankan diri daripada serangan Barat bahkan berupaya melindungi pihak lain (termasuk bukan Islam) daripada menjadi mangsa dalam proses globalisasi.

3. PERANAN UMNO

Malaysia yang telah dipimpin oleh UMNO telah membuktikan kecemerlangan dan keunggulannya di mata dunia. Telah terbukti pandangan pemimpin negara di perhimpunan dan persidangan antarabangsa telah dikagumi bukan sahaja oleh negara-negara dunia ke-tiga bahkan negara-negara maju juga mula memberi perhatian terhadap pemikiran Malaysia.

4. PENGUKUHAN UMNO

Memahami cabaran luaran dan memantapkan kekuatan dalaman adalah satu kewajipan buat UMNO demi meneruskan kesinambungan ketuanan Melayu dan survival negara dalam era globalisasi. Sikap ‘think global but act local’ (pemikiran bertahap global tetapi bertindak berdasarkan keadaan dan kepentingan bangsa dan negara sendiri) harus ada dalam diri pemimpin dan ahli-ahli UMNO.

5. OBJEKTIF PROGRAM PENGUKUHAN

Cadangan program pengukuhan UMNO adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut:

§ Menghayati semula roh perjuangan asal UMNO yang sangat berkait dengan ajaran Islam dan adat Melayu.
.
§ Menyuburkan idealisme perjuangan ahli UMNO menerusi pemantapan missi dan visi hidup yang jelas.

§ Memperteguhkan perpaduan sesama anggota UMNO dengan memantapkan rasa persaudaraan berdasarkan iman yang teguh.

§ Membina kesetiaan yang padu kepada pucuk kepimpinan atasan dengan sama-sama merujuk kepada prinsip agama.

§ Meningkatkan sokongan dan keyakinan rakyat melalui program ekonomi khususnya untuk masyarakat bawahan.

6. SASARAN PROGRAM PENGUKUHAN

6.1 Program pemantapan jiwa dan minda untuk pemimpin dan ahli berdasarkan penghayatan misi hidup yang jelas dan tepat.

6.2 Program penerangan berkesan & berterusan untuk rakyat

6.3 Program pembangunan insan berteraskan Islam kepada usahawan-usahawan kecil Melayu

6.4 Program ekonomi yang lebih berkesan untuk golongan bawahan.

6.5 Program meningkatkan tanggung-jawab sosial di kalangan ahli-ahli korporat UMNO.

7. CADANGAN KAMI

7.1 Program motivasi Islam kepada pemimpin pelapis dan ahli UMNO.

7.2 Penerbitan media massa Islam untuk masyarakat umum.

7. 3 Memperkemaskan atau menyediakan pusat latihan yang sedia ada.


PENUTUP

Umum sedia maklum UMNO tentu dapat melihat persoalan ini dengan lebih jelas. Apa yang diutarakan sebagai kertas cadangan ini hanyalah satu percubaan untuk menganalisa subjek ini dari sudut pandangan yang berbeza. Ia setidak-tidaknya membuka dan meluaskan pandangan UMNO untuk menangani cabaran alaf baru secara kritis dan multi-dimensi.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramdhan Al-Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Semoga amalan akan diberkati dan diterima ALLAH s.w.t

Untuk Renungan :

Malaikat jibril Menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang

tuanya (jika masih ada);

* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.” Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak3 kali.

Wednesday, August 12, 2009

pengumuman

Salam bloggers...

terima kasih kepada yg melayari blog ini..
walaubagaimanapun untuk makluman semua blogger,
blog ini masih dlm proses kemaskini dan akan dilancarkan setelah kerja2
kemaskini ini selesai..harap maklum

terima kasih..

Tuesday, August 4, 2009

Salam Pengenalan

Salam pengenalan...


Salam bloggers...


Terima kasih kerana melayari blog Pemuda UMNO Jerantut ini.

Blog ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk berkongsi segala maklumat selain mendapatkan pandangan, cadangan serta buah fikiran daripada semua khususnya warga Parlimen Jerantut dan lebih khusus lagi kepada golongan muda.


Segala pandangan, cadangan dan buah fikiran semua akan kami teliti dan seterusnya diselaraskan.Pihak kami amat mengalu-alukan sebarang pandangan, komen dan dan buah fikiran yang membina samada dari sudut pandangan negatif ataupun positif serta memberi manfaat kepada pergerakan Pemuda khususnya.


selamat melayari blog ini...